About Me

My photo
a guy searching for his place in the world

Tuesday, October 20, 2009

Rakan

Dalam beberapa minggu ni aku asyik nak bergaduh..
bukan bergaduh fizikal..
tapi bergaduh dari segi pendapat dan perasaan..
mungkin pada orang lain nampak remeh...
tapi ianya mendatangkan impak besar..
terutamanya pada aku..

aku tak mahu menyebutkan nama...
tetapi orang itu mungkin faham apa yang aku maksudkan...
kenapa aku boleh bergaduh dengan rakan baik ...
sedangkan dia rakan yang boleh dianggap rapat pada aku..
mungkin aku sendiri tak dapat menyesuaikan diri..
tak dapat menerima perubahan..
tak kira dari segi luaran mahupun dalaman..

bukan merungut, tetapi sahaja meluahkan perasaan...
aku sendiri tak mahu bergaduh dengan dia...
aku mahu minta maaf terhadap kelakuan aku..
tetapi susah untuk aku luahkan..
mungkin sekali ego lelaki ku yang terlalu tinggi..
tidak mahu mengalah dengan sesiapa pun...

"silent treatment"ataupun tidak bertegur sapa...
aku terpaksa membatas kan pergaulan dengan dia...
pergaduhan ini menyebabkan aku tidak memahami sepenuhnya pelajaran..
hanya pertentang mata,itupun dengan tidak sengaja...

apa punca berlaku semua ini??

adakah aku sendiri??
adakah diri dia??
adakah situasi??
adakah hidup in keseluruhan??

walauapapun puncanya,masalah ini perlu diselesaikan...
jikalau diri yang dimaksudkan membaca blog ini..
dengan rendah diri aku meminta keampunan..
memohon agar dia tidak membenci aku...
memohon agar dia akan terus menjadi rakan ku...

pada aku,aku tak suka bergaduh..
terutamanya antara rakan rapat...
tak mendatangkan sebarang faedah dan manfaat..

p/s:Nota Permohonan Maaf Rasmi....